Kursus Microsoft Project

“Microsoft project” adalah perisian berbentuk pengurusan yang direka khas untuk anda mencipta jadual projek anda, menerangkan perihal projek, membuat pembahagian tugas kepada kumpulan kerja, menguruskan tugasan berkumpulan, dan membantu menjejaki perkembangan projek anda. Ini akan membantu memastikan kerja dan projek anda menjadi lebih teratur.

microsoftproject_learninganddevelopment_LND_cidbaccredited_shortcourse_cadtraining.com.my

Pilih Kursus Ms Project Anda

Kami menawarkan tiga peringkat kursus latihan Microsoft Project. Berikut adalah senarai kursus Ms Project profesional beserta sijil.

Nota: ini hanyalah maklumat ringkas. Pelawat boleh menekan butang tersedia untuk terus ke paparan setiap kursus yang disediakan

Microsoft Project Asas (Basics)

Menerusi kursus ini, anda akan mempunyai pandangan yang lebih jelas untuk menggunakan aplikasi Ms Project, yang memfokuskan mengenai penggunaan beberapa ciri penting dalam merancang, membuat jadual serta rancangan projek, memantau serta mengawal projek dan juga menetapkan sumber-sumber yang akan digunakan.

Sasaran: Kursus ini diwujudkan khas untuk orang yang mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan projek, atau mereka yang bertanggungjawab membuat perubahan projek dan menggunakan alat dalam membantu menguruskan rancangan projek anda. Anda juga perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai “Windows”.

Tempoh: 2 Hari

Kos: Harga Biasa RM1500 – *Promosi Murah* RM1230

Maklumat Lanjut

Nota: Kursus ini memberikan 20 mata CIDB CCD.

Microsoft Project Lanjutan (Advanced)

Menerusi kursus ini, peserta akan memahami dengan lebih kanjut lagi berkaitan fungsi “Microsoft Project” – Laporan, Mencipta “S Curve” dan menggabungkan data daripada Excel.

Sasaran: Dengan menyertai kursus ini, kami menganggap anda sudah pun menyertai kursus asas Microsoft Project atau sekurang-kurangnya mempunyai pemahaman yang baik berkaitan Microsoft Project. Kami juga menganggarkan anda mempunyai pengetahuan asas berkaitan teknik pengurusan projek dimana anda mampu untuk mencipta dan mengendalikan projek tersebut.

Tempoh: 2 Hari

Kos: Harga Biasa RM1750 – *Promosi Murah* RM1450

Details & Booking

Nota: Kursus ini memberikan 20 mata CIDB CCD.

Siapa yang Patut Hadir

Kursus ini direka khas untuk mereka yang mempunyai pemahaman tentang konsep pengurusan projek, yang bertanggungjawab untuk membuat dan mengubah rancangan projek, dan bagi yang memerlukan pelbagai alat untuk menguruskan rancangan projek. Peserta yang mendaftar dalam kursus ini harus mempunyai pengetahuan asas mengenai sistem operasi “windows” (windows operating system).

Tempoh dan Jadual Kelas

Kelas Microsoft Project dijadualkan dua kali sebulan. Kami juga mengadakan kelas pada hujung minggu bagi peserta yang terikat dengan waktu kerja yang padat atau sibuk.

Microsoft Project Basics from Zero – 2 hari

Microsoft Project Advanced- 2 hari

**Kelas Ulangan Percuma**

Untuk membantu peserta kami dengan lebih baik, kami menawarkan kelas ulangan percuma. Pelajar boleh mengunjungi semula institut dan mengingatkan kembali kemahiran mereka jika diperlukan. Kelas ulangan percuma ini disediakan setiap bulan.

Lihat jadual latihan kami:

Jadual Kursus

Kemudahan di Pusat Latihan Ms Project

 

Pusat latihan kami terletak di Bandar Puteri, Puchong dan hanya 2 minit berjalan kaki dari stesen LRT Bandar Puteri dan terdapat banyak restoran berdekatan. Bagi mereka yang memandu, berdekatan kawasan tersebut terdapat tempat letak kereta berbumbung dan percuma. Oleh sebab itu, pusat kami mempunyai ramai pelajar dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

  • Kelas Latihan kami diadakan dalam suasana bilik darjah di mana tenaga pengajar kami mengajar menggunakan pelbagai contoh dan alatan yang perlu anda ketahui dan memberikan banyak latihan kepada para peserta untuk mencubanya sendiri.
  • Teknik latihan kami merangkumi 70% praktikal dan 30% teori. Hal ini kerana kami berhasrat agar pelajar belajar lebih banyak melalui latihan dan bukan sekadar mendengar.
  • Anda akan menerima tunjuk ajar secara peribadi daripada tenaga pengajar kami sewaktu di dalam kelas
  • Tenaga pengajar kami akan menjawab pelbagai persoalan daripada anda ketika sesi Q&A sepanjang kelas berjalan.
  • Dengan saiz kelas yang memuatkan hanya 6 hingga 10 orang peserta, ini membolehkan tenaga pengajar menghabiskan lebih banyak masa bersama peserta satu persatu.

Latihan dalam Talian (Online)

Kelas dalam talian kami diadakan dalam pelbagai platform digital seperti aplikasi “Zoom” dan “Cisco Webex”. Kelas diadakan dalam suasana yang santai dan energetik kerana tenaga pengajar kami mempunyai pendekatan yang lebih menarik dan sesi pengajaran telah dirancang untuk memudahkan proses pembelajaran.

Latihan Dalaman dan Korporat

Kami akan mengadakan Latihan secara dalaman atau tertutup apabila ada permintaan dari mana-mana pihak yang memerlukan.

Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar kami mempunyai pengalaman selama 7-15 tahun dan dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam pengajaran di persekitaran Korporat. Kelas kami dijalankan secara praktikal dan hands-on, pastinya ia tidak akan membosankan anda.

Kenapa Pilih Kami

  • Setelah menamatkan kursus MS Project, Sijil Pencapaian akan dikeluarkan.
  • Kami mempunyai sijil professional yang setaraf daripada rakan kongsi kami di UTM (Universty Technology of Malaysia) dan diakui oleh beberapa badan iktisas lain.
  • Diakui sah oleh Human Resource Development Fund (HRDF). Kesemua kursus yang dikeluarkan oleh kami boleh dituntut di bawah Skim “SBL”.
  • Juga diakui sebagai penyedia Latihan Berdaftar untuk “Construction Industry Development Board” (CIDB). Sebagai contoh, kami menyediakan mata CCD di bawah “Continuous Contractor Development program” sebagai mana yang dikehendaki oleh pihak industri pembinaan. Peserta yang menyertai kursus di bawah selian kami akan mendapat mata CCD secara automatik.
  • Penyedia Latihan berdaftar untuk Kementerian Kewangan (MOF).

 

Soalan Lazim

Apakah itu kursus Microsoft Project?

Microsoft Project adalah satu perisian yang membantu anda mencipta dan menguruskan projek dengan baik. Ia membantu setiap perniagaan menguruskan projek mereka dan merupakan sebuah perisian terbaik dalam membantu merancang usaha yang akan dibuat dan menjejak perkembangan projek-projek yang dikendalikan disamping ciri-ciri lain yang mampu dilakukan oleh perisian ini.

Bolehkah saya mempelajari Microsoft Project dalam masa 2 hari?

Ya, anda boleh – kursus asas hanya mengambil masa selama 2 hari dan akan melengkapkan anda dengan kemahiran yang membantu proses kerja anda menjadi lebih mudah dan lebih lancar. Anda juga boleh menyertai kelas lanjutan kami jika anda mahukan kemahiran yang lebih di tempat kerja.

Apakah syaratnya?

Kursus ini diwujudkan untuk mereka yang mempunyai pengetahuan asas mengenai konsep pengurusan projek, atau mereka yang mempunyai tanggungjawab membuat perubahan dan menggunakan alat untuk membantu menguruskan rancangan projek anda. Anda juga perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan “Windows”.

Berapa lama waktu yang diperlukan untuk mempelajari Microsoft Project?

Mempelajari asas Microsoft Project memerlukan tempoh sekurang-kurangnya selama 2 hari. Walau bagaimanapun, jika anda ingin mengetahui lebih mendalam mengenai “Project Management”, anda boleh mengambil kursus “MS Project Advanced” dan juga kursus “Effective Project Management Skills With Project Risk Management”. Ini akan memberikan anda gambaran sebenar bagaimana untuk menguruskan projek anda dengan lebih baik.

Apakah perbezaan pembelajaran dalam kelas dan pembelajaran dalam talian?

Pembelajaran di dalam kelas

  • Peserta akan menghadiri kursus di pusat latihan kami di Bandar Puteri Puchong.
  • Berinteraksi secara bersemuka dengan tenaga pengajar di dalam kelas.
  • Tunjuk ajar pantas dari tenaga pengajar
  • Lebih fokus.
  • Belajar bersama-sama dengan peserta lain sewaktu latihan diadakan.

Pembelajaran dalam talian (online)

  • Peserta akan menghadiri kursus melalui platform dalam talian seperti “Zoom” dan “Cisco Webex”
  • Menjimatkan masa untuk bergerak dan kos membeli makanan
  • Tempat lebih selesa di rumah/pejabat anda
  • Waktu yang tidak terikat atau fleksibel
  • Boleh berbincang dengan peserta dari syarikat lain

Apakah kelebihan mempelajari Microsoft Project?

Salah satu kelebihan mempelajari Microsoft Project adalah kerana ia merupakan sebuah perisian yang dapat merancang dan membuat jadual dengan bagus. Ia membantu anda melakukan prioriti terhadap tugasan yang telah anda perincikan dan membantu anda menyelesaikan tugas terpenting daripada tugasan yang telah anda wujudkan.

Selain itu, perisian ini juga boleh digunakan dalam pengurusan kewangan. Ia adalah salah satu instrumen yang terbaik dalam mengenalpasti anggaran sebenar projek anda dan mengelakkan pembaziran dalam berbelanja.

Microsoft Project adalah perisian yang berguna untuk kerjak-kerja berpasukan. Apabila anda mempunyai tugasan atau projek yang banyak dalam satu-satu masa, anda boleh menggunakan perisian ini untuk membahagikan tugas kepada rakan sepasukan yang lain dan membuat susulan pada hari yang anda jangkakan untuk menyiapkan projek tersebut.

Kelebihan utama penggunaan “Effective Project Management” ini adalah, ia akan membantu merancang dan menyusun sumber yang akan digunakan dengan baik dan sekali gus membolehkan perlaksanaan berkesan bagi mencapai keinginan pelanggan dan pihak berkepentingan. Pengurusan sumber yang baik dan berhati-hati ini adalah satu keperluan penting bagi memastikan tiada pembaziran masa dan wang berlaku.

Apa kata Peserta

Jom Sertai Kursus Microsoft Project

Hubungi Kami Jadual Kursus

WhatsApp chat