Kursus Microsoft Excel

Microsoft Excel adalah program spreadsheet yang paling dikenali dengan banyak fungsi dan pelbagai kegunaan. Tetapi untuk memaksimumkan penggunaannya, kemahiran dan pengalaman amat diperlukan. Sebagai contoh, jika anda ingin mengubah data mentah menjadi maklumat berguna, membentangkan data anda dengan cara yang menarik atau membuat ramalan-ramalan trend, maka anda perlu menguasai Microsoft Excel.

Penguasaan Microsoft Excel juga akan membantu anda mengurangkan beban kerja dan menjadi cekap di tempat kerja. Majoriti majikan mengharapkan anda mahir dalam Excel sebelum mereka mengambil anda bekerja.

Di Cad Training Centre, tujuan utama kami adalah untuk membolehkan pelajar kami menggunakan kemahiran dengan segera di tempat kerja atau menjalankan perniagaan.

excel class by cadtraining

 

Pilih Kursus Excel Anda

Kami menawarkan tiga peringkat kursus latihan Excel yang boleh anda ambil secara berasingan atau sekaligus. Berikut adalah senarai kursus excel profesional beserta sijil.

Asas Microsoft Excel (Excel Basics)

Program latihan ini mengajar anda bagaimana memulakan Ms Excel. Kelas asas ni akan merangkumi fungsi dan penggunaan penting seperti memasukkan data, formula / fungsi mudah, bekerja dengan carta asas dan lain lain.

Sasaran: Kursus ini adalah untuk pemula dan yang mempunyai sedikit atau tanpa pengetahuan mengenai Ms Excel.

Tempoh: 1 Hari

Kos: Harga Biasa RM750 – *Promosi Murah* RM390

Maklumat Lanjut

Nota: Kursus ini memberikan 10 mata CIDB CCD.

Microsoft Excel Pertengahan (Excel Intermediate)

Dalam kursus ini, kita akan meneroka fungsi dan kegunaan, seperti membuat pelbagai worksheet, personalisasi, kawalan data, fungsi kompleks, automasi dan banyak lagi.

Sasaran: Program ini sesuai untuk individu yang mempunyai pengetahuan asas mengenai Microsoft Excel dan ingin mengetahui lebih mendalam.

Tempoh: 1 Hari

Kos: Harga Biasa RM850 – *Promosi Murah* RM490

Maklumat Lanjut

Nota: Kursus ini memberikan 10 mata CIDB CCD.

Microsoft Excel Lanjutan (Excel Advanced)

Fokus kami untuk kursus ini adalah penguasaan Microsoft Excel dengan fungsi lanjutan, macro dan aplikasi pejabat bersepadu.

Sasaran:  Program latihan Excel ini sesuai untuk seseorang yang ingin meningkatkan kemahirannya ke tahap seterusnya dan menjadi pengguna berkemahiran atau pakar dalam Microsoft Excel.

Tempoh: 1 Hari

Kos: Harga Biasa RM950 – *Promosi Murah* RM590

Maklumat Lanjut

Nota: Kursus ini memberikan 10 mata CIDB CCD.

Kelas Latihan Excel Yang Lain

Perjalanan anda dalam menguasai Excel tidak perlu berhenti di sini. Kursus berikut akan menjadi langkah seterusnya yang sempurna untuk meluaskan pengetahuan anda:

Excel Dashboard dengan Analisis Data (Data Analytics)

Excel VBA & Macro

 

Siapa yang Patut Hadir

      • Mereka yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Excel untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka
      • Mereka yang perlu menggunakan Excel untuk meningkatkan keupayaan kerja mereka dan mempunyai ketepatan dalam
      • Mereka yang sedang mencari pekerjaan, sedang mencari jawatan baru atau mereka yang ingin memperkuatkan resume
      • Pemilik perniagaan kecil-kecilan yang ingin menguruskan kewangan, akaun, data penjualan dan pelbagai maklumat mereka
      • Mereka yang dalam bidang pemasaran, kewangan, sains, penjualan, perakaunan, pembelian dan pembuatan
      • Individu yang bekerja dengan jumlah data yang banyak yang memerlukan penyaringan cepat dan mengubahnya menjadi carta profesional
      • Individu yag membuat laporan dan memerlukan kemaskini secara berkala setiap hari/mingguan atau bulanan
      • Lepasan sekolah pertengahan, pelajar university, dan lulusan baru yang ingin melengkapkan diri mereka untuk tugas atau kerjaya masa hadapan

 

Tempoh dan Jadual Kelas

Kami menawarkan kursus jangka pendek yang merangkumi semua yang perlu diketahui tentang mengenai dan memberikan kemahiran praktikal untuk terus berdaya saing di tempat kerja atau perniagaan.

Latihan Microsoft Excel Asas – 1 hari

Microsoft Excel Pertengahan (Excel Intermediate) – 1 hari

Microsoft Excel Lanjutan (Excel Advanced) – 1 hari

Excel Dashboard & Data Analytics (Analysis Data) – 2 hari

VBA Excel & Macro – 2 hari

 

Kelas kami bermula pada pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang dengan waktu rehat seperti biasa. Waktu rehat ini memberi para peserta masa untuk berehat dan memproses maklumat yang mereka terima semasa kursus.

Biasanya, kursus Excel yang terdapat di luar sana jauh lebih lama dan kadangkala memerlukan beberapa minggu untuk dilengkapkan. Kami merancang program Excel kami sedemikian rupa sehingga pelajar dapat mencapai kecekapan penuh dalam jangka masa satu hingga tiga hari.

Kami biasanya menjalankan kursus pada hari bekerja. Walau bagaimanapun, kami juga menawarkan kelas hujung minggu untuk pekerja sambilan yang bekerja mengikut waktu pejabat dan mereka yang tidak dapat menghadiri kursus pada hari bekerja.

**Kelas Ulangan Percuma**

Untuk membantu peserta kami dengan lebih baik, kami menawarkan kelas ulangan percuma. Pelajar boleh mengunjungi semula institut dan mengingatkan kembali kemahiran mereka jika diperlukan. Kelas ulangan percuma ini disediakan setiap bulan.

Lihat jadual latihan kami:

Jadual Kursus

 

Kemudahan di Pusat Latihan Excel

Pusat latihan kami terletak di Bandar Puteri, Puchong dan hanya 2 minit berjalan kaki dari stesen LRT Bandar Puteri dan terdapat banyak restoran berdekatan. Bagi mereka yang memandu, berdekatan kawasan tersebut terdapat tempat letak kereta berbumbung dan percuma. Oleh sebab itu, pusat kami mempunyai ramai pelajar dari Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

 

      • Sesi latihan kami diadakan dalam suasana kelas. Pengajar mengajar teori dan menunjukkan pelbagai contoh praktikal
      • Peserta juga dapat mencuba banyak latihan dan mengaplikasi konsep belajar sambil mencuba.
      • Gaya latihan terdiri daripada 70% praktikal dan 30% teori, gaya bengkel. Kami berhasrat agar pelajar belajar lebih banyak melalui latihan bukan sekadar mendengar.
      • Anda akan mendapat bimbingan peribadi pelatih kami semasa di dalam kelas.
      • Pelatih kami akan mengadakan sesi soal jawab untuk menjawab pelbagai soalan di dalam kelas.
      • Bilangan Peserta untuk kelas khas kami adalah antara 6-10 pelajar. Ini bertujuan untuk membolehkan pelatih kami menghabiskan lebih banyak masa dengan setiap pelajarnya.

 

[Kemaskini  Covid-19] 

Di Pusat Latihan CAD, kami memandang serius penjarakan sosial dan peraturan SOP demi keselamatan rakan-rakan peserta.

Pusat latihan kami dibersihkan dan dibasmi kuman secara berkala. Terdapat banyak pembersih tangan yang diletakkan di sekitar bilik.

Tetapan bilik darjah kami mengikuti garis panduan standard ruang 1 meter antara tempat duduk peserta dan ruang 1.5 meter antara baris meja. Keselamatan dan kesejahteraan pelajar adalah keutamaan nombor satu kami.

 

Latihan dalam Talian (Online)

Kelas dalam talian kami dijalankan melalui platform digital seperti Zoom dan Cisco Webex. Kelas adalah seronok dan santai kerana pelatih kami mempunyai pendekatan menarik yang berkesan untuk latihan dalam talian. Kami juga telah merancang proses pegajaran supaya memudahkan pembelajaran.

Pelatih kami yang berpengalaman akan mengajar dan membimbing pelajar dengan latihan praktikal yang dilakukan melalui perkongsian skrin.

Oleh kerana tidak ada batasan geografi, pelajar kami adalah dari seluruh Malaysia.

Latihan In-house dan Korporat

Kami juga menjalankan program latihan dalaman berdasarkan permintaan.

Kami telah menjalankan latihan untuk pelbagai syarikat seperti TNB, Tesco, UTM, IGB Corporation Berhad, Boustead Naval Shipyard, Technip, FMC, MavCap, IOI Group, Talam, MKH Berhad, Omron Electronics, UCSI, Naza TTDI, Seremban Engineering Berhad, Gamuda Berhad, Yamaha, Sunway. Harbour Link Berhad, EA Holdings Berhad, Universiti LimKoKWing, Universiti Taylors, UPM, UTHM, Universiti Teknologi MARA, Universiti Nottingham,Muhibbah Engineering.

ms excel in-house and corporate training clients

 

Tenaga Pengajar

Pelatih kami mempunyai pengalaman latihan selama 7-15 tahun, dan mereka serba boleh untuk mengajar di dalam kelas, persekitaran dalam talian atau korporat. Pelatih kami mengadakan kelas dengan cara yang cekap dan praktikal, jadi kursus ini tidak akan membosankan.

 

Mengapa Pilih Kami

 

Ulangan & Tutorial percuma

Kami menawarkan pengulangan tanpa had secara percuma, tanpa sebarang kekangan.

Dalam keadaan yang jarang berlaku, sebilangan pelajar tidak dapat menerima semua maklumat sekaligus dan mungkin memerlukan pengulangan semula.

Kami juga mementingkan minat pelajar kami dan mahu mereka meninggalkan kelas dengan penuh keyakinan.

Setelah menamatkan kursus, kami juga menyediakan tutorial percuma dalam talian untuk pembelajaran berterusan anda.

Pensijilan Professional

Setelah menamatkan setiap kursus Excel, Perakuan Pencapaian akan dikeluarkan.

Kami juga mempunyai sijil profesional yang dikeluarkan oleh rakan kongsi kami di UTM (University Teknologi Malaysia) dan badan profesional lain.

Penyedia Berdaftar CIDB & MOF

Institut kami adalah penyedia latihan berdaftar untuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Oleh itu, kami menyediakan mata CCD di bawah program Continuous Contractor Development seperti yang dikehendaki oleh industri pembinaan. Peserta dari industri pembinaan akan mendapat mata CCD apabila mengikuti kursus latihan kami.

Kami juga menyediakan latihan berdaftar dengan Kementerian Keewangan, MOF.

Tuntutan HRDF

Kami mendapat pengiktirafan oleh Tabung Pembangunan Sumber Manusia, HRDF. Semua kursus yang ditawarkan oleh kami adalah diiktiraf oleh HRDF yang boleh dituntut di bawah skim ‘SBL’. 

Mesra Pemula

Kami terkenal dengan slogan kami “Mula dari kosong!” – pelajar tidak memerlukan pengetahuan atau pengalaman  untuk mengikuti kursus asas kami.

Pengalaman Pembelajaran yang Kondusif

Kelas kami memberi tumpuan yang lebih kepada aspek praktikal berbanding aspek teori dengan nisbah 70:30 – Ini kerana kami mendapati bahawa pendekatan ini membantu proses belajar dan mengingat.

Saiz kelas kami kecil sekitar 4-12 orang setiap sesi, dan ini dapat memberikan tumpuan yang lebih di antara pelajar dan pelatih.

Bahan Bantu Belajar

Kami menyediakan laptop semasa sesi kelas untuk kemudahan anda.

Buku panduan akan diberikan semasa latihan, untuk rujukan anda.

Pilihan makanan juga disediakan.

Tujuan kami adalah agar anda fokus pada latihan dan tidak perlu risau tentang apa yang hendak dibawa ke kelas.

 

Soalan Lazim

 

Apakah faedah mempelajari excel?

Manfaat utama mempelajari Excel adalah ia akan meningkatkan status kebolehkerjaan dan kredibiliti anda kerana kebanyakan syarikat memerlukan anda untuk mengendalikan perisian ini dengan baik. Berikut adalah beberapa kelebihan utama mempelajarid Excel:

    • Produktiviti: Menjimatkan banyak masa dan meningkatkan produktiviti
    • Spreadsheet: Membantu mengolah set data besar yang memerlukan kebolehan manipulasi.
    • Data Visualization: Menjadi mahir membuat jadual, grafik dan carta yang menarik serta memberikan visual yang tepat
    • Analisa Data: Mengeluarkan maklumat, pandangan, dan idea dari data mentah.

Adakah Excel mudah dipelajari?

Sudah tentu. Kami juga merancang kursus untuk peserta yang sama sekali tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Microsoft Excel atau program spreadsheet yang lain.

Bolehkah saya belajar Excel dengan percuma dalam talian (Online)?

Sebelum mengikuti kursus kami, pelajar kami biasanya menghabiskan berjam-jam mencari di dalam Youtube, Google atau meminta bantuan rakan mereka setiap kali mereka menghadapi masalah dengan Microsoft Excel. Walaupun kadang-kadang mereka mendapat jawapan yang mereka cari, prosesnya pembelajaran melalui youtube ini agak sukar, walaupun free.

Kami memahami kepayahan ini, dan itulah sebabnya kami merancang latihan kami untuk melengkapkan anda dengan semua yang anda perlu ketahui mengenai Ms Excel hanya dalam tiga hari (dari pemula hingga pengguna lanjutan).

Berapa lama masa yang diperlukan untuk belajar Excel?

Kami mempunyai tiga peringkat utama kursus Excel, dan masing-masing hanya memerlukan sehari sahaja. Ketiga-tiga tahap tersebut adalah Asas, Pertengahan dan Lanjutan.(Basic, Intermediate dan Advanced)

Bagi pelajar yang ingin meneroka lebih jauh, mereka juga boleh memilih kursus yang lebih maju seperti Analisis Data Excel dan Excel VBA & Macro yang biasanya memerlukan dua hari setiap satu.

Bolehkah saya belajar excel dalam sehari?

Ya, boleh. Program Asas Microsoft Excel kami hanya memerlukan satu hari.

Walau bagaimanapun, jika peserta ingin menguasai excel, akan mengambil masa lebih kurang 2-3 hari untuk menjadi pengguna Microsoft Excel yang lebih hebat.

Apakah perbezaan antara pembelajaran kelas dan kursus dalam talian (Online)?

Pembelajaran Bilik Darjah:

    • Hadir secara fizikal ke pusat latihan kami di Bandar Puteri, Puchong, Selangor
    • Interaksi Bersemuka dengan jurulatih dan pelajar lain dalam suasana bilik darjah
    • Panduan & perhatian segera dari jurulatih
    • Jauh lebih fokus
    • Peluang pembelajaran bersama dan perbincangan dengan peserta lain

 

Kursus Dalam Talian (Online)

    • Kehadiran melalui platform dalam talian seperti Zoom dan Cisco Webex
    • Penjimatan perbelanjaan perjalanan dan makanan
    • Belajar dari keselesaan rumah / pejabat anda sendiri
    • Lebih banyak fleksibiliti dari segi masa dan tempat

 

Apa kata Peserta

Kami telah melatih banyak individu dan syarikat terkenal yang menamatkan kursus mereka dengan sangat berpuas hati. Kami merasa berbesar hati kerana menerima sokongan dan maklum balas positif daripada mereka. Baca lebih lanjut testimoni latihan excel kami di sini.

 

Jom Sertai Kursus Excel

Hubungi Kami Jadual Kursus

 

WhatsApp chat