Adakah anda tahu tentang semua Faedah SIP (Skim Insurans Pekerja) untuk Pekerja yang baru diberhentikan kerja (retrenched workers)? (maklumat dpd portal Perkeso & Myfuturejobs)
Dua daripada faedah penting adalah:
A. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) ataupun Job Search Allowance (JSA)
Bulan 1 = 80% dpd Gaji Anggapan bulanan
Bulan 2 = 50% dpd Gaji Anggapan bulanan
Bulan 3 = 40% dpd Gaji Anggapan bulanan
Bulan 4 = 40% dpd Gaji Anggapan bulanan
Bulan 5 = 30% dpd Gaji Anggapan bulanan
Bulan 6 = 30% dpd Gaji Anggapan bulanan
(B) Training Fee (TF) -Training secara percuma (untuk membantu anda mendapatkan pekerjaan yang lebih baik).
*baca maklumat di bawah untuk memahami siapa yang layak dan siapa yang tidak layak.
Soalan Lazim (FAQ) tentang Faedah SIP (Skim Insurans Pekerja) EIS (dpd portal perkeso)
1) Soalan : Apakah syarat–syarat seorang pekerja layak diliputi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan?
Jawapan :Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti berikut:
i) Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
ii) Berumur 18-60 tahun*
iii) Bekerja dengan sektor swasta**
iv) Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
*Dengan satu pengecualian yang penting:
Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum.
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.
2) Soalan : Saya telah kehilangan pekerjaan. Adakah saya layak untuk memohon tuntutan faedah SIP?
Jawapan : Semua permohonan tuntutan faedah SIP perlu memenuhi syarat-syarat berikut;
i. Dibuang kerja diantara 30 Jun 2020 – 31 Dec 2021
ii. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan (min 12 bulan mencarum semasa bekerja)
*Dengan satu pengecualian yang penting:
Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum.
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.
3) Soalan : Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan?
Jawapan : Kategori kehilangan pekerjaan yang boleh dibuat tuntutan adalah seperti berikut :
i. Pembuangan kerja / pertindihan
ii. VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
iii. Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
iv. Bankrap atau penutupan tempat kerja
v. Pembuangan kerja konstruktif
vi. Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
vii. Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan
4) Soalan : Apakah kategori kehilangan pekerjaan yang tidak boleh dibuat tuntutan ?
Jawapan :Kategori kehilangan pekerjaan yang tidak dipertimbangkan tuntutan adalah seperti berikut :
> Pembuangan akibat salah laku pekerja – tidak layak
> Peletakan jawatan sukarela (self resignation) oleh pekerja – tidak layak
> Persaraan – tidak layak
> Pekerja kontrak – contohnya kontrak 1 tahun, atau kontrak 2 tahun, dan ditamatkan sebelum kontrak berakhir – boleh cuba apply
5) Soalan : Bagaimanakah cara saya hendak membuat permohonan tuntutan faedah SIP sekiranya saya telah kehilangan pekerjaan?
Jawapan : Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara atas talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.
6) Soalan : Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa permohonan tuntutan faedah SIP dikemukakan?
Jawapan : Setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting iaitu menyertakan;
i. Salinan KPPN (IC)
ii. Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja (Letter of Loss of Employment (LOE)) – sila rujuk kpd soalan (3)
iii. Salinan maklumat akaun bank
iv. Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan
v) Bekerja sekurang kurangnya 12 bulan sebelum ini
7) Soalan: Saya belum pernah bekerja lagi – adakah saya layak untuk program ini?
Jawapan : Tidak, Program SIP ini hanya untuk perkerja yang telah bekerja sekurang kurangnya 12 bulan, dan mencarum SIP
** Ringkasan
Walaupun di galakkan menghantar permohonan melalui online (5), anda di galakkan pergi terus ke pejabat perkeso untuk membuat permohonan. Sila bawa dokumen sokongan seperti dalam nombor (6)
***
Portal Pekerjaan yang disediakan khas untuk Pekerja yang diberhentikan kerja.
https://www.myfuturejobs.gov.my/
Sila daftarkan diri awal, kerana banyak pekerjaan wujud di sini, khas untuk retrenched workers
****
Soalan Lazim Daripada portal Perkeso:
https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/soalan-lazim/
Tentang Knowledge Tree PLT:
Kami adalah training provider yang memberikan training percuma bawah tajaan SIP Perkeso (kepada sesiapa yang layak) seperti
Microsofoft Project + Autocad
Autocad 2D + Autocad 3D
Excel Beginners to Advanced
Digital Marketing Professional
(Online atau Classroom Training)
Training di atas adalah percuma untuk siapa yang layak seperti di bahagian (B) di atas.
Hubungi kami:
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang trainng percuma yang di sediakan untuk yang baru di berhentikan kerja, sila isikan borang ini (Bahasa Malaysia):
>> EIS form BM
To find out more about the free training for the newly retrenched, that we have, please fill up this form (English):
>> EIS English Form
Ataupun hubungi kami di 03-80630414, 012-9771729 ataupun emel info@caddesignschool.com