Ringkasan Faedah Penjana Kerjaya Perkeso 2.0

Program Insentif Pengambilan Pekerja Dan Bantuan Latihan

(Starting date for application 1 January 2021 : Closing date for application – 30 June 2021)

PenjanaKerjaya 2.0 merupakan penambahbaikan daripada Program Insentif Pengambilan Pekerja yang telah dilaksanakan sebelum ini. Permohonan untuk PenjanaKerjaya 2.0 dibuka pada 1Januari 2021.

Program PenjanaKerjaya 1.0 yang dilaksanakan sebelum ini telah tamat pada 20 Disember 2020. Majikan yang mengambil pekerja mulai 21 Disember 2020 layak memohon insentif di bawah PenjanaKerjaya 2.0 mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan dan berpandukan Garis Panduan.

Bayaran bagi permohonan insentif PenjanaKerjaya 1.0 yang dikemukakan oleh majikan sebelum 20 Disember 2020 akan diproses dan dibayar sehingga selesai mengikut kadar yang ditetapkan di bawah PenjanaKerjaya 1.0.

Secara ringkas 2 Faedah utama:

  1. Untuk pekerja baru di upah selepas 20 Dec 2020, Majikan boleh dapat insentif dari 40% gaji pekerja baru (umur kurang dari 40 tahun), untuk 6 bulan. (maksimum insentif adalah RM4000 untuk gaji RM 10,000)
  2. Untuk pekerja baru di upah selepas 20 Dec 2020, Majikan boleh dapat insentif dari 60% gaji pekerja baru (umur lebih dari 40 tahun), untuk 6 bulan. (maksimum insentif adalah RM6000 untuk gaji RM 10,000)
  3. Untuk Perantis (yang baru masuk kerja atau baru lepas sekolah atau universiti – RM 1000 untuk 3 bulan.
  4. Insentif latihan percuma untuk pekerja baru ini – latihan bernilai dari RM4000 – RM 6000.

 

Insentif dan Syarat Kelayakkan PenjanaKerjaya 2.0

Benefit pertama:



Benefit kedua : Training Percuma untuk pekerja yang diupah melalui skim ini.

 

Siapa yang Layak Memohon

Majikan

Bagaimana Untuk Memohon

Cara Mendaftar PenjanaKerjaya 

1. Iklankan kekosongan

Majikan hendaklah mendaftar semua kekosongan jawatan dalam Portal MYFutureJobs bermula 21 Disember 2020.

2. Pemohonan Kekosongan

Calon pekerja perlu memohon jawatan kosong di Portal MYFutureJobs bagi proses permohonan diluluskan.

3. Pengambilan Pekerja

Majikan hendaklah mendaftar pekerja yang telah dipilih untuk proses caruman pekerja di Portal Assist Perkeso.

4. Pemohonan Program Latihan

Majikan perlu memilih senarai kursus yang bersesuaian dengan pekerja:

  1. Login Penjana Kerjaya dan klik Training Programs > Application > New Application > pilih Programme  Search.
  2. Klik Search dan cari Knowledge Tree PLT atau Programme Code (HITxxxx  , seperti di dalam jadual di bawah)
  3. Klik View dan isi Employee Identification No.
5. Menghadiri Program Latihan

Pekerja yang telah didaftarkan perlu hadir ke program yang telah ditetapkan.

Majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pekerja tersebut mengikuti kursus/latihan sehingga selesai.

6. Pemohonan Insentif

Majikan boleh memohon Program Insentif Pengambilan Pekerja di Portal Assist Perkeso.

Majikan tidak boleh membayar gaji lebih rendah dari kadar gaji yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum 2020.

Secara ringkas:

  1. Majikan :
    1. Langkah 1, register dan iklankan dengan percuma kekosongan pekerjaan dalam Portal Penjanakerjaya (katakan iklan kerja A). https://www.myfuturejobs.gov.my/
    2. Langkah 2 :register dengan penjanakerjaya, dan apply untuk skim Assist , dan masukkan detail kekosongan kerja.
  1. Pekerja yang bakal di upah :
    1. Langkah 1 :register dan cari iklan kerja A dalam https://www.myfuturejobs.gov.my/

Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerjadi bawah PenjanaKerjaya 2.0?

  1. Maklumat akaun bank majikan (salinan hadapan yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank)
  2. Maklumat nombor pendafaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh Pihak Bank (Business Registraton Number- BRN)
  3. Borang Pengesahan Pekerja yang telah ditandatangani oleh pekerja
  4. Maklumat akaun bank pekerja (salinan halaman hadapan Penyata Bank yang tertera nama pekerja, nombor akaun pekerja, nombor kad pengenalan dan nama bank)
  5. Perakuan / Self Declaration oleh majikan sekiranya pekerja tersebut terdiri dalam
    kategori Golongan Mudah Terjejas sepert di dalam jadual.
  6. Kontrak Perkhidmatan Pekerja Baru yang perlu disimpan sebagai bukti dan perlu
    dikemukakan kepada PERKESO sekiranya perlu

 

Bagaimana kalau saya sudahpun mengupah pekerja baru antara 21 Dec 20 – 30 Jun 2021, tetapi belum lagi mendaftar lagi dengan myfuturejobs dan penjanakerjaya?

Sila klik link ini untuk maklumat diatas ->https://cadtraining.com.my/bagaimana-kalau-saya-sudahpun-mengupah-pekerja-baru-antara-jan-1-jun-30-tetapi-belum-lagi-mendaftar-lagi-dengan-myfuturejobs-dan-penjanakerjaya/


Link link yang penting

Portal Myfuturejobs : https://www.myfuturejobs.gov.my/

Panduan mendaftar dalam portal myfuture jobs :
Pekerja – https://www.myfuturejobs.gov.my/wp-content/uploads/2020/12/MYFutureJobs-Jobseeker-Manual.pdf

Majikan – https://www.myfuturejobs.gov.my/wp-content/uploads/2020/12/MYFutureJobs-Employer-Manual.pdf

Portal  Penjana Kerjaya :https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/

Panduan mendaftar dalam portal Penjanakerjaya –Langkah bergambar untuk medaftar dengan Penjana Kerjaya – sila klik link di sini:  >>> Cara – cara mendaftar PenjanaKerjaya melalui gambar

Program Yang Ditawarkan oleh Knowledge Tree PLT
(Program latihan akan dibuat secara ONLINE dan CLASSROOM)

KategoriKod ProgramTajuk Program
ICTHIT7971MICROSOFT EXCEL BEGINNERS TO ADVANCED MASTERCLASS
KejuruteraanHIT7970MICROSOFT PROJECT BASICS FROM ZERO
KejuruteraanHIT7972AUTOCAD 2D BASICS FROM ZERO
KejuruteraanHIT7973AUTOCAD 3D ESSENTIALS

Hubungi Kami

No.Tel :  018-257 9732 Nana / 017-6011357 Tina
Emel: info@caddesignschool.com

(Sila isikan borang ini jika anda ingin berminat mendaftar, pihak kami akan menghubungi anda)

Untuk hubungi Perkeso terus

Untuk sebarang pertanyaan mengenai cara mendaftar dengan Penjana, sila hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan PERKESO / Perkeso di talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 atau e-mel penjanakerjaya@perkeso.gov.my   – Mereka biasanya respon dengan cepat.

——————————————————————–

Untuk pertanyaan mengenai latihan yang ada – anda boleh menghubungi kami (Cad Training Centre / Knowledge Tree PLT di  018-257 9732 Nana / 017-6011357 Tina )

__________________________________________

Benefit untuk Retrenched Workers

Adakah anda tahu sesiapa yang baru diberhentikan kerja atau Retrenched? Melalui Perkeso, ada banyak banyak benefit untuk pekerja retrenched.

Contohnya elaun bulanan 30-80% gaji asal, selama 6 bulan, dan training percuma.

Sila baca lebih lanjut di sini >> https://bit.ly/perkeso-retrenched

Dan tolong share kepada sesiapa yang mungkin memerlukan maklumat ini. Terima kasih!

WhatsApp chat