CIDB, singkatan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, ialah agensi kerajaan yang mengusus dan pantau standard dan kualiti dalam industri pembinaan negara. CIDB memastikan pematuhan terhadap undang-undang, menggalakkan profesionalisme, dan meningkatkan mutu bahan serta perkhidmatan pembinaan di seluruh Malaysia.
Hotline CIDB: 1300-88-2432
Borang atas talian: http://ebantu.cidb.gov.my
CIDB memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem pembinaan negara. Antara tanggungjawab utama mereka:
1. Pendaftaran & Akreditasi Kontraktor
Semua kontraktor perlu berdaftar dan memenuhi syarat asas melalui penilaian dan dokumen yang diperlukan.
2. Penguatkuasaan Lesen
CIDB boleh menghentikan atau memberi semula lesen kontraktor mengikut pematuhan undang-undang.
3. Pembangunan Industri
CIDB menggalakkan penggunaan bahan berkualiti, ikut peraturan keselamatan, dan teknologi baru seperti IBS dan BIM.
4. Latihan & Pensijilan
CIDB menyediakan modul latihan, mengurus penilaian kemahiran, dan mengeluarkan sijil kepada pekerja pembinaan.
CIMS (Centralized Information Management System) ialah sistem atas talian CIDB sejak 4 Julai 2017 bagi memudahkan kerja kontraktor seperti pembaharuan lesen, pendaftaran, dan semakan mata CCD.
Penambahbaikan Baru:
CIMS menjadi pusat digital utama untuk kontraktor, pekerja, dan pusat latihan:
1. Pekerja Binaan
2. Kontraktor
3. Latihan & Kursus
Termasuk kemahiran teknikal, pengurusan projek, Microsoft Office, AutoCAD, keselamatan tapak dan pengurusan sumber manusia.
4. Pilihan Bayaran
CCD (Continuous Contractor Development) ialah wajib untuk mengekalkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor.
Penting: Pilih kursus yang memberi nilai sebenar kepada kemahiran anda.
Jejak mata CCD anda di: http://ccd.cidb.gov.my
Proses Pembaharuan CIDB Secara Online melalui Portal CIDB
Lawati: http://cimsapp.cidb.gov.my/SMIS/regcontractor/index
Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan, kemudian klik “Log Masuk”.
Klik menu “Pendaftaran” dan pilih “Perbaharui Pendaftaran PPK”.
Apabila diminta, pilih “Ya” untuk mengemaskini maklumat atau “Tidak” jika tiada perubahan.
Pastikan anda mempunyai:
Setelah lengkap, klik butang “Tambah Kursus Wajib”.
Isi maklumat kursus yang telah anda hadiri dan lampirkan bukti pengesahan (biasanya diberikan 2-3 minggu selepas kursus oleh CIDB) dalam bahagian “Muat Naik Dokumen”.
Klik “Simpan” selepas selesai.
Setelah cukup mata CCD, butang “Simpan & Teruskan” akan muncul. Klik untuk teruskan permohonan.
Tandakan kotak SPKK dan STB jika ingin memperbaharui bersama PPK.
Maklumat syarikat akan ditarik dari sistem SSM (jika anda dari syarikat ROB atau ROS).
Pastikan maklumat adalah betul. Jika salah, sila kemaskini di laman web SSM.
Klik “Simpan” untuk setiap bahagian.
Setelah lengkap (atau tiada perubahan), klik “Simpan & Teruskan”.
Klik “Teruskan” selepas menyemak dan mengesahkan maklumat (jika ada perubahan).
Klik “Teruskan” selepas mengesahkan maklumat terkini (atau teruskan jika tiada perubahan).
Ikut arahan yang diberikan dan teruskan ke langkah seterusnya.
Pilih bilangan tahun yang ingin diperbaharui.
Jika semua langkah dilakukan dengan betul, mesej “RENEW PPK REGISTRATION – COMPLETE” akan dipaparkan.
Klik “Continue to SPKK Registration Renewal” untuk meneruskan.
Dalam bahagian pembaharuan SPKK & STB, pilih:
Klik “Add New Row”, isi semua maklumat yang diperlukan dan klik “Simpan”.
Tambah baris baharu jika perlu.
Selepas lengkap, klik “Simpan & Teruskan”.
Anda telah berjaya menghantar permohonan.
Untuk teruskan pembaharuan STB, klik “Continue to STB Registration Renewal”.
Semak atau kemaskini maklumat akaun bank atau tandatangan cek, kemudian klik “Teruskan”.
Pilih “Tidak” jika tiada perubahan.
Klik “Cetak Invois” (di penjuru kanan atas), dan buat bayaran melalui:
Selepas klik “Cetak Resit”, maklumat pembayaran akan dipaparkan.
Kembali ke Halaman Utama.
Untuk menyemak status permohonan:
Klik menu “Pendaftaran” di sebelah kiri.
Status permohonan akan dipaparkan di “Outbox” di bahagian kanan bawah.
Jangan tunggu lagi – perbaharui lesen anda hari ini!
Tunggu apa lagi?
Ikuti kursus-kursus berakreditasi CCD yang akan datang daripada kami!
Lawati laman ini untuk maklumat lanjut!
CIDB Hotline: 1300-88-2432
Borang Pertanyaan Online: http://ebantu.cidb.gov.my
Jumlah mata CCD yang diperlukan untuk memperbaharui lesen PPK bagi tempoh satu tahun bergantung kepada gred syarikat anda.
Contohnya, jika syarikat anda berada pada Gred 6 dan anda ingin memperbaharui selama 3 tahun, anda perlu minimum 90 mata CCD (30 + 30 + 30).
Ia bergantung kepada gred syarikat masing-masing.
Log masuk ke: http://ccd.cidb.gov.my dan semak mata CCD anda dalam profil.
Hadiri kursus atau latihan yang diiktiraf oleh CIDB.
Mata CCD akan diberi berdasarkan tempoh dan jenis kursus.
Untuk G1–G3 (tanpa staf teknikal):
Untuk G4 ke atas:
Ya. Tandakan kotak yang berkaitan semasa permohonan untuk memperbaharui secara serentak.
Ya. Anda akan diberi pilihan untuk berbuat demikian. Maklumat dari SSM akan dikemaskini secara automatik.
Anda perlu hadiri kursus tambahan dan muat naik sijil sebelum teruskan permohonan.
Jika semua dokumen lengkap dan mata CCD mencukupi, proses ini boleh siap dalam masa 1–2 hari bekerja secara online.
Tidak perlu. Semuanya boleh dibuat secara online melalui pautan ini.
Hubungi CIDB di talian: 1300-88-2432
atau hantar pertanyaan melalui: http://ebantu.cidb.gov.my
Tidak. Hanya mata CCD yang dikumpul dalam tahun semasa (tahun pembaharuan) sahaja diterima.
Ya. Hubungi CIDB untuk tahu sebab penolakan dan kemukakan dokumen yang diperlukan semula.
Hubungi penganjur kursus untuk dapatkan salinan baharu, atau semak sijil digital anda dalam sistem CISM (jika ada).
Tidak. Kontraktor asing perlu daftar dengan CIDB dan mohon Sijil SPKKA. Proses mereka ada langkah tambahan.
Biasanya untuk tempoh 1 tahun, tetapi anda boleh pilih untuk perbaharui bagi beberapa tahun sekaligus.
SCORE ialah sistem penilaian prestasi kontraktor.
Tak wajib untuk pembaharuan asas, tapi diperlukan untuk G4–G7 yang mahu masuk tender projek besar atau kerajaan.
Terdapat dua jenis:
Tidak. Semua permohonan kini perlu dibuat melalui portal CIMS. Penghantaran secara manual tidak diterima.
Ya. Semua projek perlu diisytihar dalam sistem CIMS dalam tempoh 14 hari selepas dianugerahkan atau sebelum projek bermula.
STB ialah Sijil Taraf Bumiputera — digunakan untuk sahkan status Bumiputera syarikat. Diperlukan untuk projek kerajaan tertentu.
Tidak. Lesen PPK perlu aktif dan sah terlebih dahulu sebelum boleh perbaharui SPKK atau STB.
Ya. Sistem CIMS membenarkan anda simpan progres, tetapi pastikan semua dokumen dimuat naik sebelum dihantar.
Lesen anda akan tamat tempoh dan anda boleh dikenakan penalti.
Malah, anda juga mungkin tidak dibenarkan masuk tender dan status syarikat akan terjejas.
Boleh, asalkan mereka wakil syarikat yang sah dan mempunyai maklumat log masuk serta dokumen yang diperlukan.
CIDB menyarankan guna Google Chrome atau Microsoft Edge untuk paparan terbaik.
Boleh. Gunakan penapis pada laman CCD: http://ccd.cidb.gov.my
Tapis mengikut negeri, tarikh, penganjur dan kategori.
Layari laman rasmi CIDB:
CIDB Hotline: 1300-88-2432
Borang Pertanyaan Online: http://ebantu.cidb.gov.my