Cara Mohon Geran HRDF SBL-Khas Malaysia – Panduan Lengkap untuk Majikan

Panduan Langkah demi Langkah Permohonan Latihan HRDF SBL-Khas HRD Corp


Peringatan: Kami adalah penyedia latihan berdaftar dengan HRD Corp, bukan badan rasmi HRD Corp. Untuk maklumat rasmi, sila layari laman web HRD Corp.

 

Apakah itu HRDF / HRD Corp?

 

Human Resources Development Fund (HRDF), kini dikenali sebagai HRD Corp, ialah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Tujuannya adalah untuk bantu dan sokong latihan serta pembangunan kemahiran pekerja, terutama dalam sektor utama yang membantu ekonomi negara berkembang.

HRDF diuruskan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Majikan yang berdaftar di bawah Akta PSMB 2001 perlu bayar levi (biasanya 1% daripada gaji bulanan pekerja yang layak) ke dalam tabung ini, dan kemudian boleh tuntut semula kos latihan melalui bayaran tersebut.

Inisiatif ini menyokong program latihan yang berkaitan dengan HRDF untuk pekerja dalam industri utama. Jika anda sertai kursus HRDF yang ditawarkan oleh pusat latihan seperti kami, biasanya mohon di bawah skim SBL-Khas.

Anda boleh daftar untuk HRD Corp di sini!

 

 

 

Apa itu SBL-Khas?

 

Bagi Syarikat yang mahu tuntut Latihan HRD Corp Tanpa Bayaran Awal SBL-Khas (Skim Bantuan Latihan – Khas) merupakan skim yang membolehkan majikan hantar pekerja untuk latihan tanpa perlu buat bayaran awal.

Sebaliknya, HRD Corp akan bayar pusat latihan terus menggunakan bayaran levi syarikat anda – ini bantu kurangkan masalah duit tunai syarikat.

Panduan ini untuk syarikat yang berminat ikuti kursus di pusat latihan kami dan mahu mohon geran HRD Corp di bawah skim SBL-Khas.

Skim ini:

    • Hanya untuk Syarikat yang berdaftar dengan HRD Corp
    • Termasuk latihan awam dan latihan dalam syarikat
    • Geran hanya untuk warganegara Malaysia yang bekerja secara sah (dengan EPF, SOCSO dan lain-lain)

Peringatan: Maksud HRDF claimable ialah anda boleh guna baki levi syarikat anda untuk bayar kos kursus, dan HRD Corp akan bayar kepada penyedia kursus bagi pihak anda.

 

 

Kenapa HRDF Penting di Malaysia?

 

HRDF (Human Resources Development Fund), kini dikenali sebagai HRD Corp, memainkan peranan besar dalam pembangunan tenaga kerja Malaysia. Ia diwujudkan untuk membantu syarikat melatih dan menaik taraf kemahiran pekerja supaya lebih bersedia menghadapi cabaran industri dan teknologi yang sentiasa berubah.

 

 

Berikut sebab kenapa HRDF penting:

 

 

    • Kurangkan Kos Latihan
      Majikan boleh hantar staf untuk latihan tanpa perlu tanggung semua kos sendiri. Bayaran latihan boleh dituntut semula melalui caruman levi HRDF.
    • Tingkatkan Kemahiran Pekerja
      Dengan latihan yang sesuai, pekerja lebih mahir, produktif dan yakin dalam menjalankan tugas.
    • Sokong Pertumbuhan Syarikat
      Syarikat yang mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi lebih mudah berkembang dan bersaing dalam pasaran.
    • Galakkan Pembangunan Berterusan
      HRDF menggalakkan budaya pembelajaran berterusan di tempat kerja. Ini penting untuk kekal relevan dalam dunia kerja hari ini.
    • Selaras dengan Dasar Negara
      HRD Corp menyokong pelan pembangunan negara dengan memastikan pekerja Malaysia dilengkapi kemahiran yang diperlukan oleh industri masa kini dan masa depan.

 

 

Secara ringkas, HRDF bukan sekadar tabung – ia adalah pelaburan untuk masa depan syarikat dan tenaga kerja negara.

Langkah demi Langkah: Cara Mohon SBL-Khas (Sebagai Syarikat)

 

Langkah 1: Semak Kelayakan

 

 

Pastikan syarikat anda:

    • Berdaftar dengan HRD Corp (PSMB)
    • Ada status majikan aktif
    • Ada baki levi yang cukup dalam akaun HRD Corp
    • Tiada tunggakan atau faedah belum dibayar
    • Hantar staf ke penyedia latihan SBL-Khas berdaftar (seperti kami)

Langkah 2: Minta Dokumen daripada Pusat Latihan

 

Selepas penyertaan disahkan, pusat latihan akan bagi:

    • Sebutharga (dengan kepala surat syarikat)
    • Profil jurulatih
    • Isi kursus

Nota: Kebanyakan penyedia (termasuk kami) akan bantu isi borang permohonan.

Langkah 3: Log Masuk ke Portal HRD Corp

 

Langkah 4: Mohon Geran

 

  • Pergi ke Grant > Apply Grant
  • Klik Apply

 

 

 

Pilih Kod Skim: SBL-Khas (Skim Bantuan Latihan – Khas)

 

 

Register Grant

 

Isikan:

I.   Tajuk & penerangan latihan
II.  Nama penyedia latihan
III. Tarikh & jangka masa latihan
IV. Bilangan peserta
V.  Pecahan yuran (rujuk sebut harga)

Langkah 5: Muat Naik Dokumen Diperlukan

 

Pastikab Muat naik fail PDF (<2MB) 

    • Sebutharga
    • Brosur atau ringkasan kursus
    • Profil jurulatih

Langkah 6: Hantar Permohonan Semak semua maklumat dan klik “Submit”

Mesej akan muncul: “Grant Submitted Successfully” Anda akan dapat Nombor Rujukan Geran (simpan untuk semakan)

Langkah 7: Jejak Status dalam Portal

 

Pergi ke Grant > Grant Status untuk semak status

    • Pending
    • Approved
    • Returned (perlu ubah)
    • Rejected (dengan sebab)

Kelulusan biasanya ambil masa beberapa hari bekerja.

Langkah 8: Pekerja Hadir Latihan

 

Selepas diluluskan:

    • Tiada bayaran diperlukan lebih awal
    • Pasukan anda boleh hadir seperti dijadualkan

Langkah 9: Hantar Dokumen Tuntutan Selepas Latihan

 

Selesai latihan, majikan perlu muat naik:

    • Rekod kehadiran
    • Borang penilaian
    • Gambar bukti
    • Laporan selepas latihan

Peringatan: Ini wajib walaupun HRD Corp bayar terus kepada penyedia kursus.

 

How To Claim HRDF

Short HRDF Claim guide!

 

Anda boleh lihat panduan langkah demi langkah yang lebih terperinci di sini!
Anda juga boleh rujuk yang ini!

 

Tidak dapat jumpa jawapan? Rujuk di sini:

 

 

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Soalan yang Lazim ditanya?

Berapa banyak levi perlu ada?

Asalkan baki cukup untuk tampung kos kursus, permohonan boleh diteruskan.  Sebagai contoh, jika latihan ialah RM 1500, anda memerlukan RM 1500 atau lebih dalam Levy anda

Apa berlaku jika ada tunggakan?

Jika syarikat ada:

Levi belum dibayar
Faedah tertunggak
Status digantung

Maka,

Permohonan akan disekat sehingga diselesaikan.

Siapa yang perlu hantar permohonan?

Majikan (syarikat yang bayar levi) bertanggungjawab mohon melalui portal HRDC. Pusat latihan akan sediakan dokumen sokongan.

Boleh mohon lebih dari seorang peserta?

Boleh, selagi peserta ialah staf syarikat yang sama dan masih dalam had geran.

Boleh batalkan atau tukar tarikh latihan?

Boleh. Batalkan melalui sistem eTRiS. Untuk tukar tarikh, maklumkan kepada pusat latihan dan mereka akan ubah tarikh semasa tuntutan.

Apa perlu dibuat oleh majikan selepas latihan?

Majikan perlu tandatangan borang JD14 dan borang kehadiran (jika latihan online). Borang mesti ditandatangan oleh pengurus atau atasan.

Apakah kesilapan biasa semasa mohon?

    • Baki levi tidak cukup
    • Status majikan tidak aktif
    • Faedah/tunggakan belum dibayar
    • Fail tak boleh dimuat naik (besar/format salah)
    • Penyedia bukan dalam skim SBL-Khas
    • Kod skim salah

Apa jika levi tak cukup? 

Minta pusat latihan sediakan invois untuk nilai semasa levi. Baki perlu dibayar terus kepada kami.

 

HRDF BSL-Khas levy problems?

Insufficient levy? Don’t worry!

 

Apa dokumen yang perlu dihantar? 

Biasanya:

  1. Brosur atau ringkasan kursus
  2. Sebutharga/invois
  3. Profil jurulatih

Kursus ini boleh dituntut HRDF?

Ya, jika kursus dan penyedia berdaftar dengan HRDC dan levi mencukupi.

Bagaimana mohon geran?

Majikan boleh mohon melalui sistem eTRiS:

  1. Log masuk di eTRiS: https://hrdcorp.gov.my
  2. Pilih Grant > Apply Grant
  3. Pilih skim SBL-Khas
  4. Sertakan dokumen diperlukan

Bagaimana semak status?

Untuk menyemak status anda:

  1. Log masuk ke portal HRD Corp
  2. Pergi ke Menu > Grant > Grant Status
  3. Cari Nombor Rujukan Geran

Anda akan nampak status seperti berikut:

Pending Review
Approved
Returned for Amendment
Rejected (Dengan sebab)

Berapa lama proses kelulusan?

Biasanya 7–14 hari bekerja, bergantung pada HRD Corp dan dokumen lengkap.

Boleh mohon selepas latihan mula?

Tidak. Permohonan mesti dibuat sebelum latihan mula. Tidak boleh mohon selepas itu.

 

Perlu isi maklumat pekerja?

Ya. Masukkan nama, nombor IC dan jawatan semasa mohon.

 

Boleh dua syarikat kongsi latihan dan mohon bersama?

Tidak. Setiap syarikat perlu mohon secara berasingan.

 

Apa jika permohonan dihantar balik? 

Anda akan terima mesej dan perlu ubah serta hantar semula dalam masa ditetapkan.

 

Kursus boleh dijalankan luar Malaysia? 

Di bawah SBL-Khas, tidak. Kursus mesti dijalankan di Malaysia.

 

Portal eTRiS boleh diakses 24/7?

Ya, tetapi kadang-kadang ada gangguan. Sebaiknya mohon waktu pejabat.

 

Boleh tuntut 100% di bawah SBL-Khas?

Ya, jika levi cukup, kursus diluluskan HRD Corp, dan penyedia layak – tiada bayaran awal diperlukan.

 

Boleh pengarah atau pemilik syarikat sertai? 

Boleh, jika mereka berdaftar dengan SOCSO/EPF syarikat.

 

Perlu majikan hantar borang tuntutan?

Tidak. Pusat latihan akan uruskan selepas latihan selesai, selepas majikan sahkan kehadiran.

Jika berminat, klik sini untuk jadual terkini dan mohon kursus hari ini!

Perlu bantuan lanjut daripada HRDCorp?

HRDF Hotline: 1300-88-4800
Email: support@hrdcorp.gov.my
Portal: https://hrdcorp.gov.my

WhatsApp chat